Skip to main content

Protakaful

Tentang Saya

Saya Azhad. Saya bantu anda faham takaful sebelum anda membuat keputusan.

Agen takaful berlesen di Selangor, membantu pelanggan di seluruh Malaysia.

Konsultasi percuma. Tiada paksaan.

Kenapa saya jadi agen takaful

Saya graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Muroran Institute of Technology, Hokkaido, Jepun, dengan biasiswa penuh Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Alhamdulillah. Pulang ke Malaysia pada 2017, saya bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang Jepun.

Sambil bekerja, saya mahu terus belajar dan menambah pendapatan. Sejak 2018 saya menjadi agen hartanah. Di situ saya kerap bertemu orang yang terpaksa menjual rumah kerana masalah kewangan, dan saya mula sedar betapa pentingnya perlindungan takaful. Sejak 2020, saya menjadi agen takaful.

Keyakinan saya juga peribadi. Ibu saya meninggal dunia pada 2002, dan saya menerima manfaat hibah takaful daripada beliau. Wang itu membantu hidup dan pelajaran saya selama bertahun-tahun.

Saya mahu membantu anda menyediakan perlindungan yang sama untuk keluarga anda. Mohon doakan kesejahteraan arwah ibu saya.

SAYA SENDIRI PENERIMA HIBAH TAKAFUL

Wang itu saya gunakan untuk

Cara saya bekerja

Anda faham apa yang anda beli sebelum membuat keputusan.

Bukan pelan yang paling mahal, tetapi yang sesuai dengan anda.

Saya temani anda sepanjang proses, bukan hanya semasa menjual.

Saya balas dalam 30 minit, 9 pagi hingga 9 malam.

Saya bantu anda faham takaful

Ambil seminit untuk tahu berapa perlindungan yang sesuai dengan gaji dan komitmen anda.

Lebih suka saya yang hubungi?

Tinggalkan nombor, saya WhatsApp anda.


Dengan menghantar, saya setuju dihubungi melalui WhatsApp. Notis Privasi