8 Perkara Penting Sebelum Anda Pilih Medical Card Takaful

Memilih medical card terbaik bukan sekadar melihat pada harga semata-mata. Ada beberapa perkara penting yang perlu difahami agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Artikel ini akan membantu anda memahami 8 perkara utama sebelum memilih medical card supaya anda boleh membuat keputusan yang tepat dan bijak.

1. Annual Limit (Had Tahunan)

Had tahunan ialah jumlah maksimum manfaat rawatan yang boleh dituntut dalam tempoh setahun. Semakin tinggi had tahunan, semakin baik, terutamanya jika anda menghadapi penyakit serius atau memerlukan rawatan berkos tinggi. Pilih pelan yang sesuai dengan kemampuan dan risiko anda. Cadangannya adalah RM1 juta ke atas. Hal ini kerana inflasi bagi kos rawatan kian meningkat saban tahun. Limit yang tinggi membolehkan anda mengatasi kadar inflasi lebih-lebih lagi risiko menghadapi penyakit serius adalah pada usia yang lebih lanjut.

2. Lifetime Limit (Had Seumur Hidup)

Ini ialah jumlah maksimum yang boleh dituntut sepanjang hayat polisi. Walaupun kebanyakan pelan moden tidak lagi mempunyai lifetime limit ataupun unlimited, pastikan anda semak butiran ini dalam polisi supaya anda tidak menghadapi sekatan tuntutan di masa hadapan. Perhatikan juga pelan point seperti RM1 juta point. Yang mana setelah melebihi tuntutan RM1 juta seumur hidup, pelan bertukar menjadi co-takaful (contoh: co-takaful 80/20).

3. Room & Board

Medical card biasanya menetapkan jumlah maksimum yang dilindungi untuk kadar bilik hospital (contoh: RM150 atau RM200 sehari). Secara purata harga bilik bagi 1 katil di sekitar lembah klang sekitar RM200-RM300 sehari. Jika anda memilih bilik melebihi had ini, anda mungkin perlu bayar lebihan dari poket sendiri. Pastikan pilihan bilik sesuai dengan hospital pilihan anda. Bagi lelaki mungkin tidak mengapa jika memilih bilik kongsi bersama pesakit lain. Namun bagi wanita yang perlu menjada aurat dan kanak-kanak yang memerlukan penjagaan rapi penjaga, pilihan RM200 ke atas boleh dipertimbangkan.

4. Deductible

Deductible ialah jumlah yang perlu anda bayar sendiri sebelum syarikat takaful atau insurans mula membayar. Pelan dengan deductible biasanya lebih murah, tetapi sesuai untuk mereka yang mempunyai simpanan kecemasan atau perlindungan asas lain (seperti panel syarikat).

5. Waiting Period (Tempoh Menunggu)

Setiap medical card mempunyai tempoh menunggu sebelum anda boleh buat tuntutan. Biasanya antara 30 hingga 120 hari bergantung kepada jenis penyakit. Penyakit kritikal atau tertentu mungkin mempunyai tempoh menunggu lebih panjang. Fahami tempoh ini sebelum mendaftar.

    6. Contestable Period (Tempoh Boleh Dipertikai)

    Biasanya dalam 2 tahun pertama polisi, syarikat berhak menyiasat atau menolak tuntutan jika terdapat penipuan atau maklumat tidak tepat dalam permohonan. Pastikan anda jujur semasa mengisi borang permohonan untuk mengelakkan isu di masa depan.

    7. Medical Exclusion (Pengecualian Rawatan)

    Setiap medical card mempunyai senarai pengecualian seperti penyakit sedia ada, penyakit mental, rawatan kosmetik dan sebagainya. Baca dengan teliti senarai ini supaya anda tahu apa yang tidak dilindungi.

    8. Harga Tidak Tetap

    Premium atau caruman medical card boleh berubah disebabkan faktor inflasi kos rawatan dan tabung tabarru’ yang tidak dapat ditampung. Jika ada ejen yang menyatakan harga medical card tidak berubah, minta mereka tunjukkan klausa tersebut.

      Kesimpulan

      Memilih medical card bukan sekadar ikut harga murah. Anda perlu faham keseluruhan manfaat dan had perlindungan supaya tidak terkejut ketika membuat tuntutan. Jadikan 8 perkara ini sebagai panduan sebelum anda membuat keputusan.

      Ingin dapatkan medical card terbaik yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda? Hubungi saya untuk konsultasi percuma.

      Leave a Comment

      Your email address will not be published. Required fields are marked *