Memiliki medical card pada zaman sekarang bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Kos perubatan yang semakin meningkat saban tahun membuatkan ramai orang mula melindungi diri dan keluarga dengan pelan takaful perubatan. Namun, antara rungutan paling biasa daripada pemegang polisi ialah “kenapa medical card sering naik harga?”
Artikel ini akan mengupas sebab utama premium medical card meningkat serta beberapa cara bijak untuk kurangkan bayaran bulanan tanpa menjejaskan perlindungan.
Kenapa Harga Medical Card Sering Naik?
Ada beberapa faktor yang menyebabkan premium atau caruman medical card meningkat dari masa ke masa.
1. Inflasi Perubatan
Kos rawatan hospital di Malaysia meningkat sekitar 10–15% setiap tahun. Ubat-ubatan, teknologi baharu, dan caj perubatan pakar semuanya menyumbang kepada inflasi ini. Akibatnya, syarikat takaful perlu melaras harga premium supaya dana tabarru’ (kumpulan peserta) mencukupi untuk menampung tuntutan.
2. Kadar Tuntutan (Claim Ratio)
Jika ramai peserta membuat tuntutan rawatan dalam tempoh tertentu, kos yang ditanggung syarikat juga meningkat. Untuk memastikan dana kekal sihat, syarikat mungkin perlu menyemak semula premium. Dana ini perlu sentiasa dikawal suapaya dapat terus menerus digunakan oleh semua pencarum polisi. Ketahui lebih lanjut berkaitan dana tabarru di sini.
3. Semakan Polisi Secara Berkala
Ada syarikat yang melakukan review harga setiap beberapa tahun untuk memastikan kos perlindungan selari dengan kos rawatan semasa. Ini juga salah satu sebab medical card anda mungkin naik harga.
Cara Untuk Kurangkan Harga Medical Card
Walaupun kenaikan premium tidak dapat dielakkan sepenuhnya, anda masih boleh menguruskan kos medical card dengan bijak. Berikut ialah beberapa cara yang terbukti berkesan:
1. Pilih Had Tahunan Perlindungan Yang Sesuai
Tidak semua orang memerlukan had tahunan RM2 juta. Jika anda masih muda dan sihat, had tahunan RM500,000 mungkin sudah mencukupi. Dengan memilih pelan yang sesuai, anda boleh kurangkan bayaran bulanan secara signifikan. Apabila kewangan anda sudah meningkat, anda boleh sahaja ubah had tahunan anda (tertakluk pada terma dan syarat syarikat) atau mengambil medical card kedua untuk menambah had tahunan sahaja bukan menggantikan pelan sedia ada.
2. Gunakan Co-Takaful atau Co-Payment
Ramai yang tidak tahu, memilih pelan dengan co-takaful (berkongsi sebahagian kos rawatan) boleh menjimatkan premium sehingga 20–30%. Contohnya, jika bil hospital RM10,000, anda hanya perlu bayar RM500–RM1,000, selebihnya ditanggung syarikat. Ini semua bergantung juga pada simpanan kecemasan anda. Memilih full coverage atau tanpa co-takaful sememangnya memberikan ketenangan minda tanpa perlu memikirkan untuk mengeluarkan simpanan kecemasan anda, namun anda perlu juga pertimbangkan kebolehan upayaan untuk membuat bayaran bulanan. Seeloknya bincanglah dengan agent anda.
3. Fokus Pada Hospital Panel
Pilih medical card yang mempunyai rangkaian hospital panel luas. Menggunakan hospital panel bukan sahaja memudahkan kemasukan tanpa tunai (cashless admission), malah membantu menstabilkan kos rawatan yang biasanya lebih terkawal berbanding hospital luar panel. Bagi pencarum medical card dari PruBSN, anda boleh semak Hospital Panel di sini. Jika anda lihat di link hospital panel ini, PruPanel Plus Hospital ialah senarai hospital rakan panel yang dilantik oleh Prudential / Prudential BSN Takaful (PruBSN) untuk kemudahan peserta takaful atau pemegang polisi. Hospital-hospital ini telah dipilih berdasarkan kualiti perkhidmatan, kos rawatan yang lebih terkawal, dan jaringan kerjasama dengan Prudential.
4. Gabungkan Perlindungan Dengan Pelan Lain
Jika anda sudah ada pelan asas takaful (contohnya hibah takaful untuk perlindungan keluarga), tidak perlu ambil pelan perubatan yang terlalu mahal. Anda boleh optimumkan perlindungan dengan membahagikan bajet antara hibah dan medical card. Silalah rujuk dengan agent anda untuk mengoptimumkan pelan perlindungan anda.
5. Semak Rider Tambahan Yang Tidak Perlu
Kadangkala agent menambah rider seperti elaun hospital, kemalangan tambahan, atau manfaat kecil lain. Walaupun rider ini bagus, ia boleh menaikkan premium dengan cepat. Semak semula rider anda. Mungkin ada yang boleh dikurangkan atau sudah ada di pelan perlindungan lain untuk jimatkan kos.
6. Dapatkan Konsultasi Daripada Agent Berpengalaman
Setiap pelan takaful mempunyai struktur caruman berbeza. Dengan mendapatkan konsultasi daripada agent berpengalaman, anda boleh memilih pelan paling sesuai dengan bajet bulanan anda. Bagi pemilik polisi dari PruBSN takaful, jika agent anda sudah lagi tidak aktif, anda boleh hubungi saya untuk saya semakkan semula polisi anda secara PERCUMA dan menjadi agent yang berkhidmat untuk anda. Bagi pemegang polisi dari syarikat takaful lain, saya boleh semakkan juga cuma saya tidak boleh menjadi agent yang berkhidmat untuk anda.
Contoh Simulasi Pecahan Bayaran
Katakan anda membayar RM250 sebulan untuk medical card:
- RM180 → Perlindungan perubatan asas
- RM50 → Rider tambahan (contoh: pampasan sakit kritikal)
- RM20 → Kos pengurusan (wakalah)
Jika anda buang rider tambahan, bayaran mungkin turun kepada RM200 sebulan. Jika anda pilih co-takaful 10%, bayaran boleh turun lagi ke RM160 sebulan. Jadi semaklah semula polisi anda. Bagi pemilik polisi dari PruBSN takaful, anda boleh melihat maklumat polisi anda di sini.
Soalan Lazim Tentang Medical Card
1. Adakah harga medical card akan naik setiap tahun?
Tidak semestinya setiap tahun. Ia bergantung kepada cara syarikat emntadbir urus dana tabarru mereka. Ada yang naik agak kerap namun kenaikannya sedikit sahaja. Ada juga yang jarang naik, tetapi bila sekali naik, kenaikannya agak ketara.
2. Boleh tak saya kekalkan harga sama sepanjang tempoh polisi?
Untuk pelan perubatan stand-alone, hampir mustahil kerana kos perubatan sentiasa naik. Tetapi dengan memilih pelan simpanan + takaful, sebahagian caruman boleh bantu imbangi kenaikan.
3. Apa jadi kalau saya tak mampu bayar premium yang semakin naik?
Polisi mungkin akan lapse (terbatal). Sebab itu penting untuk semak semula pelan secara berkala supaya sesuai dengan bajet semasa.
Kesimpulan
Hakikatnya, medical card memang cenderung naik harga kerana ingin menjaga tabung tabarru dan inflasi perubatan. Namun, ia bukan alasan untuk tidak mempunyai perlindungan kesihatan. Dengan strategi bijak seperti memilih co-takaful, menyesuaikan had tahunan, dan mengurangkan rider tambahan, anda boleh kurangkan harga medical card tanpa mengorbankan perlindungan penting.
Sentiasa buat semakan pelan anda setiap tahun bersama agent takaful supaya bayaran bulanan sentiasa dalam kawalan.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan ketahui pelan medical card terbaik mengikut bajet anda.