Berapa Banyak Coverage Pelan Takaful Anda Perlu? Ini Panduan Lengkap

Ramai orang tahu mereka perlu ada takaful, tapi ramai juga masih tertanya-tanya: “Berapa jumlah coverage yang sebenarnya saya perlukan?” Jawapan ini tidak sama untuk semua orang, tapi ada beberapa panduan umum yang boleh dijadikan rujukan.

Berikut ialah 3 jenis perlindungan utama dan bagaimana anda boleh tentukan jumlah yang sesuai untuk diri anda.

1. Hibah Takaful

Hibah takaful berfungsi sebagai pampasan kepada waris sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh (TPD). Ia boleh digunakan untuk:

  • Menampung kos sara hidup keluarga
  • Melangsaikan hutang rumah, kereta atau peribadi
  • Menampung pendidikan anak-anak
  • Tebus bahagian faraid

Panduan jumlah:

  • Minimum: 10 x pendapatan tahunan
  • Atau: Jumlah keseluruhan hutang yang ingin anda lindungi

Contoh: Jika gaji anda RM5,000 sebulan (RM60,000 setahun), maka pampasan hibah yang sesuai ialah RM600,000.

2. Pengganti Gaji

Pelan pengganti gaji bertujuan sebagai pelan sokongan kewangan jika anda tidak mampu bekerja akibat sakit atau lumpuh (TPD/critical illness).

Dengan pampasan ini, anda atau keluarga masih boleh meneruskan gaya hidup sedia ada untuk beberapa tahun akan datang.

Panduan jumlah:

  • 5 x pendapatan tahunan

Contoh: Jika pendapatan tahunan anda RM60,000, maka jumlah pengganti gaji disarankan ialah RM300,000.

    3. Medical Card

    Medical card penting untuk lindungi anda daripada kos rawatan hospital yang tinggi, terutama untuk penyakit kronik atau kemalangan.

    Panduan minimum yang disarankan:

    • Annual Limit: RM1,000,000 ke atas
    • Lifetime Limit: Tiada had (unlimited)
    • Tempoh Perlindungan: Sekurang-kurangnya sehingga umur 70 tahun

    Kenapa penting?

    • Kos rawatan swasta semakin meningkat setiap tahun
    • Penyakit kritikal boleh menelan belanja ratusan ribu ringgit
    • Bantu elak bebankan waris dengan kos perubatan

        Kesimpulan

        Jumlah perlindungan yang sesuai bergantung kepada gaya hidup, komitmen hutang dan tahap kewangan anda sekarang. Namun secara asasnya, ini ringkasan yang boleh anda ikut:

        Jenis PerlindunganJumlah Disarankan
        Hibah Takaful10x Gaji Tahunan atau Jumlah Hutang
        Pengganti Gaji5x Gaji Tahunan
        Medical CardRM1 juta Annual Limit, Lifetime Limit Unlimited, sehingga umur 70 tahun

        Namun saranan ini adalah panduan sahaja. Jumlah coverage yang sebenarnya berbeza mengikut kerluan kewangan setiap individu. Berbalik pada tujuan asalnya adalah untuk memberikan ketenangan minda dalam merangka perlindungan kewangan kita. Jika caruman agak membebankan, ambil lah sedikit dahulu perlindungan daripada tiada apa-apa langsung.

        Ingin semak pelan takaful yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda? Hubungi saya untuk semakan percuma dan konsultasi.

        Leave a Comment

        Your email address will not be published. Required fields are marked *