Selepas majlis selesai, bermulalah realiti hidup berumah tangga: sewa atau ansuran rumah, kereta, simpanan, dan mungkin anak. Di tengah-tengah perancangan ini, perlindungan takaful sering terlepas pandang. Berikut panduan ringkas untuk pasangan muda.
Perkara pertama: bincang sebagai pasangan
Duduk bersama dan senaraikan:
- Pendapatan bersama dan komitmen bulanan
- Hutang yang ada (rumah, kereta, PTPTN)
- Siapa yang menjadi sumber pendapatan utama
- Perancangan anak dalam 1 hingga 3 tahun akan datang
4 perlindungan yang patut dipertimbangkan
1. Medical card untuk setiap seorang. Jangan bergantung hanya pada medical card majikan atau pasangan. Baca 5 Sebab Perlukan Medical Card Peribadi.
2. Hibah dan perlindungan hutang. Jika salah seorang tiada, bolehkah pasangan menampung ansuran rumah? Fahami Perbezaan MRTT vs MLTT dan PruBSN Level Term Benefit.
3. Cross hibah. Setiap pasangan melindungi satu sama lain. Lihat Cross Hibah Takaful Untuk Pasangan.
4. Perlindungan pendapatan. Terutama jika satu pendapatan menanggung kebanyakan perbelanjaan. Lihat halaman Perlindungan Gaji.
Bajet yang realistik
Jangan terlalu bersemangat sehingga caruman membebankan. Rujuk panduan Bajet Caruman Takaful Ikut Gaji. Lebih baik mula dengan keperluan asas, kemudian tambah apabila pendapatan meningkat.
Kesilapan biasa pasangan baru
- Menangguhkan sehingga ada anak. Kesihatan dan kelayakan mungkin berubah.
- Mengambil satu pelan sahaja untuk berdua tanpa semak sama ada ia benar-benar melindungi kedua-duanya.
- Tidak memaklumkan pasangan tentang butiran sijil dan penerima manfaat.
Jika anda dahulu sudah mempunyai pelan semasa bujang, semak semula apabila status berubah.
Soalan lazim
Perlukah suami isteri ambil pelan berasingan? Biasanya setiap individu mempunyai sijil sendiri supaya perlindungan jelas dan tidak bergantung kepada satu orang.
Bila masa terbaik mula? Seawal mungkin, sebelum ada komitmen besar atau perubahan kesihatan.
Mulakan rumah tangga dengan perlindungan yang cukup. Saya bantu anda berdua rancang tanpa memberatkan bajet. 👉 Dapatkan Sebut Harga Percuma
