Skip to main content

Protakaful

Bila ibu bapa semakin berumur, kebimbangan terbesar kebanyakan anak ialah kos rawatan. Satu kemasukan hospital boleh menggugat simpanan keluarga. Soalnya, boleh ke anak ambil takaful untuk ibu bapa? Jawapan ringkas: boleh, dengan beberapa syarat.

Bagaimana ia berfungsi

Dalam kebanyakan kes, anak boleh menjadi pemegang sijil (yang membayar caruman), manakala ibu atau bapa ialah orang yang dilindungi. Ibu bapa perlu memberi persetujuan dan menjawab soalan kesihatan semasa permohonan.

Perkara yang perlu anda tahu

1. Had umur kemasukan. Setiap pelan menetapkan umur maksimum untuk memohon. Semakin lewat, semakin terhad pilihan. Mulakan seawal mungkin.

2. Penilaian kesihatan (underwriting). Penyakit sedia ada boleh menjejaskan kelulusan, caruman atau menyebabkan pengecualian tertentu. Jika ibu bapa sudah ada masalah kesihatan, baca Peluang Kedua Takaful Bagi Golongan Yang Sudah Ada Sakit.

3. Caruman lebih tinggi pada umur tua. Kos medical card naik mengikut umur dan inflasi perubatan. Fahami puncanya dalam Kenapa Harga Medical Card Asyik Naik.

4. Tempoh menunggu. Sesetengah manfaat tidak boleh dituntut serta-merta. Rancang lebih awal.

Tip untuk anak yang membeli

  • Bincang terbuka dengan ibu bapa tentang kesihatan dan persetujuan mereka.
  • Pilih caruman yang mampu anda bayar konsisten setiap tahun. Pelan yang lapse tidak membantu sesiapa.
  • Simpan salinan sijil dan beritahu adik-beradik di mana ia disimpan.

Satu nota: pelepasan cukai insurans perubatan dan pendidikan biasanya terpakai untuk diri sendiri, pasangan dan anak. Semak terus dengan LHDN sama ada premium untuk ibu bapa layak.

Soalan lazim

Ibu bapa saya sudah pencen. Masih boleh mohon? Boleh, tertakluk kepada had umur dan penilaian kesihatan pelan yang dipilih.

Siapa terima manfaat jika berlaku kematian? Penerima ditentukan dalam sijil mengikut terma operator takaful. Bincangkan awal supaya tiada kekeliruan.

Nak tahu pelan mana sesuai untuk ibu bapa anda? Beritahu umur dan bajet, saya cadangkan pilihan tanpa paksaan. 👉 WhatsApp Untuk Konsultasi Percuma

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *