Kenapa Harga Medical Card Asyik Naik Setiap Tahun? Ini 2 Punca Utama
Kenapa Harga Medical Card Asyik Naik Setiap Tahun?
Kalau anda pernah ambil medical card, mesti perasan harga caruman jarang turun tapi makin lama makin naik. Ramai orang fikir syarikat takaful atau insurans sengaja nak untung lebih, tapi sebenarnya ada 2 faktor utama kenapa perkara ini berlaku. Jom kita tengok dengan cara yang mudah.
Inflasi perubatan (Kos Rawatan Semakin Tinggi)
Kita semua tahu, harga barang naik sebab inflasi. Sama juga dengan kos rawatan di hospital. Setiap tahun memang akan ada peningkatan. Contoh mudah:
- Kos pembedahan bagi ACL 2014 sekitart RM17,000, sekarang boleh cecah RM40,000.
- Harga bilik hospital, ubat-ubatan, kos doktor – semuanya ikut inflasi perubatan yang biasanya lebih tinggi daripada inflasi barang biasa.
Jadi bila kos rawatan naik, secara automatik syarikat takaful perlu sesuaikan semula caruman medical card supaya cukup untuk tampung bil hospital pelanggan. Kalau tak, nanti medical card sedia ada tak mampu nak cover kos sebenar.
Tabung Tabarru’ Burst (Dana Perlindungan Menipis)
Dalam takaful, konsep dia ialah kita semua berkongsi duit dalam satu tabung yang dipanggil Tabarru’. Duit tu digunakan bila ada peserta yang sakit dan perlukan rawatan.
Masalahnya, bila makin ramai yang claim menggunakan medical card secara besar-besaran, tabung tabarru’ ini boleh jadi ‘burst’ atau susut dengan cepat. Bayangkan ramai peserta kena penyakit kritikal serentak dengan bil rawatan lagi naik mendadak. Tabung yang digunakan untuk membayar claim medical card semakin susut dan tak cukup untuk tampung semua orang.
Bila perkara ni berlaku, syarikat takaful tiada pilihan selain naikkan harga caruman supaya tabung Tabarru’ kekal kukuh dan semua peserta masih dilindungi.
ada ke medical card yang tak naik harga?
Tidak akan ada pon medical card yang tiada kenaikan harga. Jika ada agent yang mengatakan yang harga medical card mereka tidak akan naik, minta mereka bukti di mana perkataan itu ditulis. Walaupun dari segi record belum ada lagi kenaikan, berkemungkin tinggi ia akan naik juga di masa hadapan.
Jika ia adalah product baru, mungkin disebabkan tabung tabarru’ tadi tidak digunakan ramai orang lagi. Apa akan jadi bila semakin ramai yang menyertai medical card tersebut? Claim akan meningkat dan syarikat takaful juga akan mula menaikkan harga bulanan bagi mengelakkan tabung tabarru’ tadi dari kehabisan.
Kesimpulan
Sebenarnya, kenaikan harga medical card bukan sebab syarikat takaful suka-suka naikkan harga. Ia lebih kepada dua faktor besar iaitu inflasi medical dan tabung Tabarru’ yang tertekan.
Kalau anda nak elak rasa terbeban bila harga medical card naik:
- Ambil medical card awal (lebih muda, lebih murah).
- Fahamkan struktur caruman takaful anda.
- Buat semakan polisi dari semasa ke semasa.
- Dapatkan konsultasi dari agent berpengalaman.
Akhirnya, medical card masih penting sebab kos rawatan hospital sekarang memang tinggi. Lebih baik bayar caruman yang stabil daripada terpaksa keluarkan ribuan ringgit secara tunai bila sakit.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan disesuaikan mengikut keperluan anda.
Baca juga: PruBSN AnugerahMax – Perlindungan Maksimum untuk Keluarga
Baca juga: PruBSN Asas360 – Pelan Perlindungan Takaful Menyeluruh Seawal Dalam Kandungan Hingga Usia Emas