Hibah Takaful RM1 Juta Boleh Dicabar?
Dalam masyarakat kita, hibah takaful sering disalahfaham. Ramai sangka ia “tak kuat”, “tak jalan bila mati”, atau “boleh dicabar”. Hakikatnya, isu sebenar sering berpunca dari kecuaian pemilik polisi atau manipulasi oleh waris — seperti yang berlaku dalam kisah yang tular baru-baru ini.
Kronologi Sebenar Kes Hibah Takaful: Bukan Salah Hibah, Tapi Salah Waris
Kronologi ini diceritakan semula oleh agent takaful kepada arwah. Penerima hibah iaitu isteri kepada arwah juga merupakan kakak beliau sendiri. Fahami kronologi kes ini dan nilai sendiri dengan fikiran terbuka.

1. Arwah Jatuh Sakit — Bermulanya Ujian
Arwah jatuh sakit disebabkan jangkitan kuman yang membawa kepada kematian. Ketika itu, beliau masih hidup dan tidak berupaya membuat keputusan waras. Ini menjadi titik kritikal apabila waris cuba ambil kesempatan.
2. Penukaran Harta & Surat Palsu
Semasa arwah sakit, beberapa harta beliau telah ditukar nama. Keluarga arwah juga didakwa menghasilkan surat palsu yang menyatakan arwah telah menceraikan isterinya. Sehingga waris bawa arwah ke syarikat takaful untuk cancel/surrender polisi takaful sebab mereka tahu yang isteri arwah adalah penerima manfaat hibah takaful tersebut.

3. Pembayaran Hibah Takaful
Isteri arwah (balu) telah menerima RM1 juta daripada hibah takaful pada tahun 2021. Dana tersebut disalurkan dalam tempoh 4 hari selepas arwah meninggal dunia. Segala urusan mengikut prosedur biasa kerana hibah tersebut adalah sah dan lengkap.
4. Tuntutan di mahkamah syariah
Keluarga arwah telah membawa kes ke mahkamah syariah untuk menuntut wang hibah tersebut. Namun, mahkamah memihak kepada isteri arwah (balu) dengan mengiktiraf hibah takaful tersebut sebagai hak mutlak penerima.

5. tindakan di mahkamah sivil pula
Tidak berpuas hati, keluarga rwah meneruskan tuntutan di mahkamah sivil. Namun, notis saman tidak sampai ke tangan isteri arwah (balu) kerana alamat yang digunakan adalah berbeza. Oleh itu, isteri arwah (balu) tidak hadir ke perbicaraan dan pembelaan tidak dapat dilakukan.
6. Keputusan mahkamah sivil
2025 hakim memutuskan kemenangan kepada pihak penyaman (keluarga arwah), wang pampasan harus dibahagi secara faraid.
7. Rayuan di mahkamah rayuan
Isteri arwah (balu) membuat rayuan kes semula di mahkamah rayuan berikutan keputusan mahkamah sivil.

fakta menarik kes ini
Diceritakan oleh agent tersebut: sewaktu arwah sakit, keluarga arwah bawa arwah ke syarikat takaful untuk batalkan/surrender polisi hibah takaful ini dengan alasan arwah tidak mampu untuk teruskan bayaran. Hakikatnya, isteri arwah (balu) yang bayarkan polisi tersebut sehingga akhir hayat arwah
Nasib baik sewaktu keluarga arwah bawa arwah ke syarikat takaful, pihak syarikat takaful menolak permohonan mereka untuk surrender/mengubah status polisi tersebut dengan alasan arwah pada ketika itu tidak sihat dan tidak mampu untuk buat keputusan dengan waras pada waktu itu.
Pengajaran Daripada Kes Ini
- Hibah takaful masih kuat jika dilaksanakan dengan betul.
- Jangan tunggu hingga sakit, kerana ketika itu anda mungkin tidak lagi boleh buat keputusan.
- Pastikan semua dokumen adalah sah dan tidak mudah disalahguna oleh waris.
kes hibah takaful ini dari pandangan peguam

kesimpulan
Kes hibah RM1 juta ini memberi hikmah kepada kita tentang kepentingan hibah takaful dan kekuatan hibah takaful ini sememangnya mutlak dan tidak boleh dicabar.
Jika anda mencari hibah takaful bersesuaian? Hubungi saya untuk penerangan percuma dan pelan yang sesuai dengan keperluan anda.