Perlindungan Kandungan & Ibu Hamil

Pelan Takaful Kehamilan: Lindungi Ibu & Bayi Seawal Dalam Kandungan

Kehamilan adalah detik yang penuh harapan dan kegembiraan. Namun, perjalanan ini juga ada risiko yang perlu diberi perhatian sejak awal. PruBSN menawarkan Asas 360 Rider dengan manfaat Pre-Birth, pelan rider yang direka khas untuk melindungi ibu dan bayi dalam kandungan sejak minggu ke-13.

Mengapa Perlindungan Kehamilan Penting?

Komplikasi semasa kehamilan seperti kehamilan ektopik, eklampsia, atau kematian janin boleh berlaku tanpa amaran. Tanpa perlindungan yang mencukupi, kos rawatan perubatan boleh menjadi beban kewangan yang besar. Pelan takaful kehamilan memberikan ketenangan fikiran dengan menyediakan pampasan kewangan apabila diperlukan.

Manfaat utama Pre-Birth:

  • Pampasan apabila berlaku komplikasi kehamilan sebelum, semasa dan selepas bayi lahir.

  • Perlindungan kandungan seawal minggu ke-13 kandungan.

  • Memastikan perlidungan kad perubatan terus boleh digunakan selepas lahir walaupun kelahiran pra-matang atau mempunyai penyakit kongenital (penyakit sewaktu lahir)

  • Pampasan tambahan untuk hospitalisasi berkaitan komplikasi kehamilan.

  • Perlindungan gangguan perkembangan bayi sehingga berumur 7 tahun.

5 Manfaat Utama Perlidungan Pre-Birth

Pampasan apabila berlaku komplikasi kehamilan sebelum, semasa dan selepas bayi lahir

Kehamilan boleh membawa pelbagai risiko, sama ada sebelum bayi lahir, semasa proses kelahiran atau selepasnya. Dengan perlindungan ini, ibu layak menerima pampasan kewangan sekiranya berlaku komplikasi seperti:

  • Kehamilan ektopik, keguguran, atau pendarahan serius.

  • Komplikasi kelahiran, seperti kelahiran songsang atau trauma semasa bersalin.

  • Masalah selepas bersalin seperti jangkitan rahim atau pendarahan selepas kelahiran.

Ini membantu meringankan beban kewangan akibat kos rawatan hospital dan pemulihan.

Perlindungan kandungan seawal minggu ke-13 kandungan

Berbeza dengan banyak pelan yang hanya bermula selepas bayi lahir, rider ini memberi perlindungan bermula seawal minggu ke-13 kehamilan. Ini amat penting kerana banyak komplikasi boleh berlaku pada trimester kedua seperti:

  • Kematian janin dalam rahim

  • Pre-eklampsia atau tekanan darah tinggi semasa mengandung

  • Air ketuban terlalu sedikit atau terlalu banyak

Perlindungan ini memberi ketenangan awal kepada ibu bapa sepanjang proses kehamilan.

Perlindungan kad perubatan terus boleh digunakan selepas lahir walaupun kelahiran pra-matang atau mempunyai penyakit kongenital

Jika bayi lahir pra-matang (preemie) atau didiagnosis dengan penyakit kongenital (seperti masalah jantung atau saluran pernafasan), medical card akan terus aktif dan boleh digunakan tanpa perlu permohonan semula. Ini sangat penting kerana:

  • Bayi pra-matang perlu tunggu sehingga umur 2 tahun baru boleh ambil kad perubatan

  • Bayi yang mempunyai penyakit kongenital berkemungkinan tinggi tidak dapat ambil kad perubatan seumur hidup

Ibu bapa tidak perlu risau tentang penolakan permohonan kad perubatan disebabkan keadaan kesihatan bayi.

Pampasan tambahan untuk hospitalisasi berkaitan komplikasi kehamilan

Sekiranya ibu dimasukkan ke hospital disebabkan komplikasi seperti:

  • Tekanan darah tinggi melampau (severe preeclampsia)

  • Kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes)

  • Ancaman kelahiran pramatang

pelan ini akan memberikan pampasan harian tambahan sepanjang tempoh kemasukan ke hospital, bagi menampung kos rawatan, cuti kerja, dan keperluan penjagaan lain.

Perlindungan gangguan perkembangan bayi sehingga berumur 7 tahun

Bayi yang mengalami masalah perkembangan seperti:

  • Lewat bercakap atau berjalan

  • Autism spectrum disorder (ASD)

  • Gangguan pembelajaran atau perkembangan neurologi

layak menerima pampasan atau bantuan kewangan untuk rawatan, terapi dan pemulihan sehingga umur 7 tahun. Ini penting kerana kos rawatan seperti terapi pertuturan, terapi carakerja dan pemeriksaan pakar boleh mencecah ribuan ringgit setahun.

Siapa Yang Sesuai Untuk Pelan Ini?

✅ Wanita hamil atau merancang kehamilan
✅ Pasangan yang ingin menyediakan perlindungan awal untuk anak
✅ Ibu bapa yang sudah lama menunggu cahaya mata

Lindungi Masa Depan Anda dan Anak Anda

Kehamilan adalah perjalanan yang indah tetapi penuh dengan ketidakpastian. Dengan pelan takaful yang sesuai, anda boleh memastikan bahawa anda dan bayi anda dilindungi dari segi kewangan dan perubatan. Jangan tunggu sehingga terlambat; rancanglah perlindungan anda hari ini.

Mahu Dapatkan Konsultasi Percuma?

Klik di sini atau hubungi saya untuk semakan percuma pelan takaful kehamilan mengikut keperluan dan bajet anda.
💬 Saya sedia membantu anda merancang perlindungan terbaik untuk anda dan keluarga.