Medical Card

Apa Itu Medical Card Takaful?

Medical card takaful ialah pelan perlindungan perubatan yang menanggung kos rawatan hospital dan bil perubatan secara patuh Syariah. Ia berfungsi sebagai kad akses untuk mendapatkan rawatan di hospital panel tanpa perlu membayar secara tunai (cashless admission), tertakluk kepada kelayakan dan manfaat pelan.

Dalam bahasa mudah, medical card takaful membantu menanggung kos rawatan hospital dan pembedahan apabila berlaku sakit atau kemalangan, tanpa perlu menunggu giliran panjang di hospital kerajaan.

Kenapa Anda Perlukan Medical Card?

Kos perubatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Medical card bertindak sebagai pelindung kewangan ketika anda paling memerlukan — contohnya apabila berlaku penyakit serius atau kemalangan yang memerlukan rawatan segera dan mahal. Dengan medical card, anda boleh fokus pada proses penyembuhan tanpa terbeban dengan bil hospital.

  • Kos rawatan meningkat setiap tahun – rawatan kecemasan, pembedahan atau kemasukan hospital kini boleh mencecah ribuan ringgit.
  • Lindungi kewangan keluarga – elak guna simpanan atau pinjam duit saat kecemasan.
  • Akses rawatan segera – tanpa perlu bergantung kepada hospital kerajaan yang mungkin penuh.

8 Ciri Medical Card Takaful yang Anda Perlu Tahu

Di PruBSN Takaful, pelan medical card yang ditawarkan adalah komprehensif dan memenuhi keperluan ramai pelanggan.

Berikut adalah 8 ciri utama:

Perlindungan rawatan tanpa had (unlimited annual limit)
Anda tidak perlu risau tentang had tahunan — rawatlah ikut keperluan.

Tiada had rawatan seumur hidup
Sesuai untuk perlindungan jangka panjang hingga ke hari tua.

Gabungan medical card & hibah takaful
Memberi perlindungan kesihatan dan warisan kewangan serentak.

Elaun harian jika dirawat di hospital kerajaan
Anda masih mendapat manfaat walaupun memilih rawatan di hospital kerajaan.

Harga fleksibel berdasarkan penggunaan (seperti NCD kereta)
Bayaran caruman boleh lebih rendah jika anda tidak membuat tuntutan.

Percuma caruman bulanan
Jika disahkan menghidap penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, caruman akan dikecualikan.

Akses hospital panel swasta seluruh negara
Termasuk hospital pakar yang terkenal dan berpengalaman.

Sokongan khidmat pelanggan dan e-perkhidmatan
Urusan semakan polisi, e-kad, dan tuntutan boleh dilakukan secara online.

Pilihan Medical Card dari PruBSN

  • Perlindungan menyeluruh tanpa had seumur hidup

  • Had tahunan sehingga RM2 juta

  • Perlindungan sehingga umur 100 tahun

  • Pernambahan limit tahunan bagi sakit kritikal

  • Waiver jika berlaku cacat kekal (TPD) atau penyakit kritikal

  • Allowance RM200 sehari

  • Medical card komprehensif dilampirkan bersama AnugerahMax

Medic Totalcare Prubsn - Medical card komprehensif
Kad Perubatan Health360 PruBSN
  • Medical card moden yang boleh dilampirkan kepada PruBSN Asas360

  • Pilihan manfaat fleksibel dan perlindungan tambahan

  • Rawatan hospital swasta panel di seluruh Malaysia

  • Perlindungan menyeluruh tanpa had tahunan dan had seumur hidup

  • Pilihan deductible mengikut keperluan peribadi

  • Boleh diambil oleh bayi dari kandungan 13 minggu
  • Pelan kad perubatan asas dan mampu milik dilampirkan bersama AnugerahMax

  • Perlindungan rawatan hospital & pembedahan asas

  • Perlindungan tanpa had seumur hidup

  • Sesuai untuk pelanggan yang baru bermula dengan takaful perubatan

  • Konsep kurang tuntutan, maka kurang bayaran bulanan
Medik asas - pelan medical card mesra bajet

Pilih Medical Card Yang Sesuai Dengan Bajet & Gaya Hidup Anda

Setiap individu mempunyai keperluan dan bajet berbeza. Apa yang penting, medical card yang anda pilih memberi ketenangan fikiran dan melindungi anda ketika waktu sukar.

Mahu Dapatkan Konsultasi Percuma?

Klik di sini atau hubungi saya untuk semakan percuma pelan medical card takaful yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda.
💬 Saya sedia membantu anda membuat keputusan lebih bijak demi masa depan kesihatan keluarga.